Wednesday 18 April 2012

bile azan berkumandang

Ini sebagai ingatan dan renungan untuk kita bersama. Tiap kali azan berkumandang korang buat apa? Takkan masih huha huha kot. Terlolong sana sini. Oh jika benar, hentikan dengan segera.Kematian itu pasti menjelma. Cuma masa dan waktunya yang kita tak tahu. Cuba kita amati! Mengapa kebanyakan orang yang nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa? Lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.
Diriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya."
Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri. Jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang. Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati  azan. Banyak fadhilatnya.Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri, mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah "Lailahaillallah" ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.
 "Ya  Allah!  Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami  mengucap  kalimah "Lailahaillallah" semasa sakaratul maut menghampiri  kami.. Amin.. amin.. amin Yarobbala'lamin.."
Kalau kita boleh mengirim dan menyebarkan ribuan "jokes" atau kata-kata cinta, kenapa tidak yang berkaitan ibadah..  Ada yang kata nanti mayat jadi berat. Tapi dalil dan hadis tak dijumpa. Jadi itu boleh dianggap sebagai adab. Yelah, masa azan berkumandang takkan korang nak baring. Tak sopan okey!

No comments:

Post a Comment